KESIMPULAN Inilah serba sedikit adat masyarakat Lun Bawang Sarawak yang sehingga ke hari ini masih lagi mendokong warisan zaman berzaman adat mereka dan sesungguhnya Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan adat istiadat yang unik yang menjadi kebanggaan setiap rakyat Sarawak.
Posts
Showing posts from January, 2018
- Get link
- X
- Other Apps
PENGENALAN Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the interior ). “Lun” bermaksud orang manakala “Bawang” membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun Baw ang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku kaum yang terdapat di Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4% daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996). Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut kerana kedua-dua etnik ini hampir sama dari beberapa aspek. Terdapat beberapa jenis etnik yang sinonim dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun Bawang yang dikenali di Sabah, Lun Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar kawasan hilir sungai (downriver). Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di sekitar bahagian Lawas, Limbang; Trusan; Kalima ntan, Indonesia; d