PENGENALAN

Image result for masyarakat lun bawang

   
    Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the interior ). “Lun” bermaksud orang manakala “Bawang” membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku kaum yang terdapat di Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4% daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996).


    Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut kerana kedua-dua etnik ini hampir sama dari beberapa aspek. Terdapat beberapa jenis etnik yang sinonim dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun Bawang yang dikenali di Sabah, Lun Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar kawasan hilir sungai (downriver). Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di sekitar bahagian Lawas, Limbang; Trusan; Kalimantan, Indonesia; dan Temburong, Brunei yakni di tengah kawasan pedalaman Borneo.



ASAL-USUL LUNBAWANG


   Lun Bawang pada masa dahulu merupakan masyarakat yang dikenali sebagai pahlawan yang berani, penyerang, dan pemburu kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan masyarakat ini tinggal di kawasan pedalaman di tanah tinggi, ini telah memudahkan mereka untuk menyerang musuh di kawasan tanah rendah kerana bentuk fizikal di kawasan pergunungan telah melatih stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan musuh di persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir di kawasan perairan kerana mereka tidak pandai dalam perihal mengendalikan pengangkutan air.
    

    Selepas kedatangan Rajah Brooke, kehidupan dan budaya masyarakat serba sedikit telah berubah. Rajah Putih menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa yang sangat jahil kerana budaya mereka yang suka minum minuman keras di samping suka memenggal kepala musuh. Maka dengan itu, Rajah Brooke telah menyebarkan satu fahaman agama kepada masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama Kristian dan sehingga kini hampir keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang menganuti agama Kristian.



BUDAYA DAN CARA HIDUP

    Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi (Lati ba')

                                               
(Lati' Ba)



MAKANAN TRADISIONAL KAUM LUN BAWANG


 Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggil Nuba' Laya. Kelupis adalah makanan tradisional iaitu diperbuat daripada beras pulut yang diadun bersama gula merah, minyak dan garam. Terdapat juga kuih tradisional seperti “Pinaram” dan “Nunu”. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai (narar).

Image result for makanan masyarakat lun bawang
(Nuba' Laya)
                                                   
(Kelupis)
                                   
    Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang main.Garam bukit mengandungi khaisat yang tinggi antaranya tinggi kandungan iodin, meningkatkan tahap intelektual terutamanya di kalangan anak kecil, natrium, kalsium, kalium, zat besi, fosforus,magnesium, mangan, kuprum dan juga zink.

Image result for ba kelalan
(Garam Bukit)


PAKAIAN TRADISIONAL

    Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakan pata di kepala, beret di pinggang, bane di leher dan gileng atau pakel di tangan serta lengan.


Image result for masyarakat lun bawang
(Pakaian bagi kaum lelaki)


                                                                               
(Pakaian bagi kaum perempuan)


PERAYAAN BAGI KAUM LUN BAWANG (Irau Aco Lun Bawang)

    Festival ini merupakan perhimpunan terbesar komuniti Lun Bawang di mana-mana tempat di Sarawak. Secara  tradisinya perayaan penuaian padi tetapi sekarang ia mempamerkan pelbagai  budaya sub kelompok Lun Bawang  di Lawas; bandar paling utara di Sarawak.
    Peristiwa ini berlangsung akhir Mei setiap tahun. Rakan sejawat mereka; Lun Dayeh dari Sabah juga dijemput untuk festival ini. Anda akan dilayan dengan tarian kebudayaan masyarakat, 'nguip suling', persembahan angklung, dan juga persembahan band hari moden. Terdapat kraftangan dan masakan tradisional Lun Bawang untuk dijual dan telematches; tradisional dan moden.


Benang seruling Lun Bawang (nguip suling) Sarawak Malaysia Borneo
                               (Nguip Suling)                                        
                                                                       


Peragaan kecantikan adalah penarik orang ramai di  festival tersebut.


                                         


                                          Image result for irau aco lun bawang
                                                                           
                                                                         
                                       


ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT LUN BAWANG

   Seperti masyarakat pribumi Sarawak yang lain, masyarakat Lun Bawang juga mempunyai adat resam perkahwinan yang unik dan masih lagi dipertahankan sehingga ke hari ini. Adat resam perkahwinan ini diwarisi sejak zaman berzaman lagi dan sentiasa menjadi kebanggaan setiap masyarakat Lun Bawang sehingga ke hari ini. Pada zaman dahulu sebelum kedatangan agama di dalam masyarakat Lun Bawang, hampir setiap aspek penghidupan contohnya seperti membina rumah hendaklah diadakan satu upacara akan diadakan bagi memastikan bahawa setiap yang dilakukan tidak akan bertentangan dengan dunia spiritual. Tetapi itu adalah suatu waktu dahulu dan sesuai dengan kedatangan agama di dalam masyarakat Lun Bawang, banyak adat dan budaya mereka telah diasimilasikan mengikut ajaran agama mereka kerana rata-rata masyarakat Lun Bawang sejak di tahun 1930an lagi sudahpun menganuti agama Kristian.


   Adat resam perkahwinan masyarakat Lun Bawang biasanya bermula sekiranya si teruna sudahpun memilih si dara pilihan hatinya. Si teruna perlu memberitahu kepada keluarganya akan niat hatinya dan keluarga si teruna akan bertandang ke rumah si dara untuk berunding. Di dalam masa perundingan ini segalanya akan dibincangkan termasuk tarikh untuk perkahwinan cuma janganlah ada sesuatu benda yang berlaku di dalam proses perundingan itu berjalan contohnya ada benda-benda yang terjatuh kerana ini memberi petanda buruk dan risiko untuk perkahwinan itu ditunda adalah besar sekali. Sekiranya segalanya berjalan lancar maka perkahwinan ini akan diteruskan mengikut adat yang telah dipersetujui.

   Sewaktu majlis perkahwinan diadakan, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah panjang keluarga pengantin perempuan. Mengikut adat yang dipersetujui oleh kedua-dua keluarga sewaktu perundingan, pengantin lelaki akan membawa bersama baling besar, peralatan pertanian, alat muzik seperti gong dan beberapa ekor haiwan seperti khinzir dan lain-lain sebagai hantaran perkahwinan. Kesemua hantaran ini adalah simbol kepada permulaan kepada perjalanan bahtera penghidupan sebagai suami isteri kelak. Sebelum upacara perkahwinan ini diadakan maka semua penduduk , akan bersama bergotong royong menyediakan jamuan perkahwinan itu nanti.

   Di dalam masyarakat Lun Bawang sememangnya adat gotong royong ini adalah satu yang menjadi kebanggaan kepada mereka dan kaum wanita dan kaum lelaki telah mempunyai bidang tugas masing-masing. Yang memerlukan hasil tangan lembut dan kreatif seperti kerja memasak adalah bidang tugas kaum wanita tetapi untuk kerja-kerja seperti melakukan penyembelihan binatang, menyediakan air untuk dimasak atau menyalakan api serta mencari kayu api adalah bidang tugas kaum lelaki. Itulah keberkahan yang didapati di dalam masyarakat Lun Bawang yang tidak mementingkan dominasi sesuatu jantina sahaja.


   Apabila tiba hari perkahwinan, maka semua tetamu akan bersukaria bagi menunjukkan kegembiraan atas perkahwinan tersebut. Maka bermulalah acara tari menari tradisional masyarakat Lun Bawang dengan diiringi oleh kumpulan muzik tradisional mereka. Mereka akan bersama-sama menjamu selera dengan makanan dan minuman yang telah disediakan secara gotong-royong itu tadi. Sesuatu yang agak unik di dalam masyarakat Lun Bawang adalah cara penyusunan makanan yang dihidangkan. Di dalam adat makan ini, golongan lelaki dan wanita akan mempunyai kumpulan-kumpulan makan yang tersendiri maksudnya kedua-dua jantina tidak akan bercampur di dalam satu kumpulan. Masyarakat Lun Bawang lebih menggemari untuk makan di atas lantai beralaskan tikar dan makanan bagi setiap kumpulan akan dimulai dengan menyusun “Nuba Laya” ditengah-tengah dan kemudian barulah diletakkan mangkuk-mangkuk kecil secara urutan. Bagi kelompok lelaki, mereka akan mula berbual-bual mengikut kelompok masing-masing dan kelompok wanita kebiasaannya lebih senyap daripada kelompok lelaki sesuai dengan tertib dan bicara masyarakat wanita Lun Bawang yang penuh kelembutan dan berbudi bahasa.


















































Comments

  1. bagaimana pula dengan selepas perkahwinan? apa yang berlaku

    ReplyDelete
  2. Informasi mantap thanks weyh😀

    ReplyDelete
  3. Casinos that accept Bitcoin at the state's first
    Casinos that accept BTC at the 안산 출장마사지 state's first Bitcoin event 세종특별자치 출장안마 Casino with a deposit 포항 출장마사지 bonus of $100 at the first deposit, just like 하남 출장안마 you 광주 출장안마 might be paying

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog